
Saksikan telefilem sempena sambutan Maal Hijrah bertajuk 'Hening Rindu' akan disiarkan pada Rabu, 17 Jun jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.
Hening Rindu
Waktu Siaran: Rabu, 17 Jun 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Noy Ibrahim
Pengarah: Aizad Rosli
Produksi: Illusion Maya Sdn Bhd
Pelakon: Nazeera Sardi, Fauzi Nawawi, Ezaidi Aziz, Qaid Aqwa, Reza Hasbi, Faye Kusairi
Sinopsis Hening Rindu
Kisah Mariam, yang bersuamikan seorang penagih dadah, Hakim. Penderitaan dan pengorbanan Mariam dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya teruji dengan berat apabila dia ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dia lakukan. Bertambah deritanya apabila ibu tirinya bersekongkol dengan Hakim untuk menjual anaknya yang masih bayi kepada satu pasangan yang kaya. Kemuncaknya selepas ibu tirinya meninggal dunia dia baru mengetahui bahawa arwah ibu tirinya telah menjual tanah dan rumah pusaka peninggalan ayahnya.