Drama Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih 3)

Teratak Kasih Salina

Nantikan drama bersiri Rindu Kasih Finale: Teratak Kasih Salina akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Drama 15 episod terbitan P&D Pictures dibawah arahan Mohd Fazli Yahya. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafidz dan ramai lagi.

Teratak Kasih Salina bersiaran mulai 18 Februari 2025, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3. Penonton juga boleh menonton episod terkini 24 jam lebih awal menerusi Tonton, sama ada di laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Teratak Kasih Salina

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Idea Asal: K. Adlie
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Salina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Aqasha sebagai Qassim
Luqman Hafidz sebagai Faqeh
Erin CTJ sebagai Bella
Hasnul Rahmat sebagai Abdullah
Haleeda Mazlin sebagai Siti Aisyah
Meor Mohd sebagai Iqbal
Mimi Ernida sebagai Rita
Shazia Rozaini sebagai Huda
Khalida Balqis sebagai Keisha
Nina Smith sebagai Ika
Laila Nasir sebagai Khaty
Nafiz Muaz sebagai Hashim
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Amyza Aznan sebagai Shida

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Awan Mendung
Penyanyi: Aiman Sidek & Alin Sidek
Komposer & Lirik: Aiman Sidek

Sinopsis Teratak Kasih Salina

Selepas Amir meninggal dunia, Salina (Ummi Nazeera) meneruskan kehidupan baru dari wang tinggalan yang diterima dari arwah suaminya tersebut. Salina nekad membuka pusat perlindungan untuk wanita bermasalah, Teratak Kasih, bukan sekadar langkah untuk pemulihan, tetapi simbol kekuatan dan keberanian.

Teratak Kasih bukan hanya berfungsi sebagai tempat perlindungan, tetapi merupakan usaha Salina untuk membuka mata masyarakat mengenai realiti kehidupan golongan terpinggir dan mereka yang terpaksa berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan stigma.

Salina yang dulunya sering menjadi mangsa keadaan kini berdiri teguh. Dalam perjalanan mencari ketenangan, pertemuan semula dengan Faqeh (Luqman Hafidz) di Mekah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Ketegangan dalam hubungan ini berkembang apabila Qassim (Aqasha), bekas abang iparnya, turut terlibat dalam kehidupan Salina, menyebabkan konflik yang lebih mendalam. Namun, takdir dan perasaan yang berkembang antara mereka membuatkan perjalanan Salina semakin kompleks.

Dalam perkembangan kisah ini, Halijah – yang dihantui masa silam, terus mengancam kebahagiaan Salina. Dendam dan kesedihan yang terpendam bertemu dengan kenyataan bahawa Halijah kini berada dalam dunia PTSD dan Alzheimer akibat trauma masa lalu. Meskipun mendapat layanan penuh kasih dari Salina, luka lama mengenai kehilangan Fayyad masih menyakitkan dan sukar dilupakan.

Teratak Kasih Salina