
Saksikan telefilem 'Hati Di Bibir' lakonan Fify Azmi, Raja Atiq dan Arash Mohd akan ditayangkan pada Jumaat, 21 Februari 2025 pukul 10 malam di TV Okey dan ulangan pada hari Ahad, 23 Februari 2025, jam 4:30 petang.
Hati Di Bibir
Waktu Siaran: Jumaat, 21 Februari 2025, 10:00 malam
Rangkaian: TV Okey, RTMKlik
Skrip: Najmi Maziez Mazelan & Dr Sharifah Nadiya
Pengarah: Malek Rahman
Produksi: Multinet Aim (M) Sdn Bhd
Pelakon: Fify Azmi, Raja Atiq, Arash Mohd, Aishah Atan, Sera Melissa
Sinopsis Hati Di Bibir
Kisah seorang gadis miskin kurang upaya (cacat pendengaran) yang gigih meneruskan kehidupan seharian sambal memikul cita-cita dan harapan ayahnya.
Emy seorang gadis yang tabah, menghadapi konflik untuk meneruskan pengajiannya kerana kursus yang diambil bukan datang dari minat dan cita-citanya tetapi merupakan pilihan ayahnya semata-mata.
Ditambah lagi dengan ibunya yang sering bersikap dingin kerana menuduh suaminya bersikap pilh kasih dan lebih mengutamakan Emy. Mujur di kampusnya, dia ditemani rakan-rakan yang sentiasa membantu dan menyokongnya dalam meneruskan perjuangan.