
Nantikan drama bersiri 'Rumah Kasih Suraya' dibintangi oleh Nad Zainal dan Fauziah Ahmad Daud akan menemui penonton di TV1 bermula 24 Februari 2025, setiap Sabtu hingga Khamis pukul 1:30 tengah. Juga boleh strim setiap episod di RTMKlik.
Rumah Kasih Suraya
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 24 Februari 2025
Waktu Siaran: Sabtu - Khamis, 1:30 tengah hari
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Zahirah Hassan
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Nusantara Seni Karya
Watak Pelakon
Nad Zainal sebagai Suraya Hanis
Fauziah Ahmad Daud sebagai Primadona Zaiton
Fad Anuar sebagai Shafiq
Dato Jalaludin Hassan sebagai Datuk Bandar
Datin Fadilah Mansor sebagai Datin Fauziah
Sobri Anuar sebagai Pak Cik Amran
Sheila Mambo sebagai Mak Cik Kiah
Adam Shahz sebagai Rizal
Nor Albaniah sebagai Cik Tim
Daniesh Suffian sebagai Yusof
Nur Asyiqin sebagai Zaiton Muda
Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Aku Yang Dulu
Penyanyi: Daniesh Suffian
Lirik: Dari, Naki Zainal
Komposer: Dari, Naki Zainal
Sinopsis Rumah Kasih Suraya
Suraya Hanis, seorang bekas peragawati, membuka Rumah Kasih Suraya menjelang Ramadan sebagai tanda rasa tanggungjawab dan keinsafan. Kisah ini memaparkan pengorbanannya untuk membantu mereka yang memerlukan, serta cabaran di sebalik kerjaya glamor yang penuh fitnah dan godaan. Ia menyoroti betapa pentingnya keimanan, ketabahan mental, dan usaha gigih untuk berjaya dalam dunia selebriti.
Suraya menyewa banglo Datuk Badar untuk membuka rumah kebajikan khas untuk golongan artis veteran. Suraya seorang supermodel dan usahawan tudung yang popular. Primadona Zaiton akan turut menghuni di Rumah Kasih Suraya. Primadona Zaiton adalah artis veteran yang sangat popular satu masa dulu dan pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik.