Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Malaysia dengan telefilem 'Tuai Raban Bansa' yang mengangkat kisah warisan Iban Sarawak. Telefilem ini akan disiarkan pada 16 September ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran Okey dan RTMKlik.
Tuai Raban Bansa
Waktu Siaran: Isnin, 16 September 2024, 10:30 malam
Rangkaian: Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Azmi Arif
Pengarah: Azmi Black
Produksi: Orched Kayangan Sdn Bhd
Pelakon: Sylvia William, Charles May, Joshua Juan Che, Reuben Gomes, Syauqina Sopery, Nur Azmina Mazlan
Sinopsis Tuai Raban Bansa
Mengisahkan Ngelai yang dipisahkan dengan keluarganya sejak dari kecil telah dibesarkan di bandar sehingga berjaya belajar hingga ke menara gading. Ngelai jatuh cinta dengan Muni seorang gadis bandar tetapi mendapat tentangan dari bapa Muni.
Ngelai telah dipanggil pulang ke rumah panjang asalnya untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai tuai setelah kematian ayahnya yang dibunuh oleh adiknya sendiri angkara perebutan tanah. Ketika kembali ke rumah panjang itu, Ngelai berjaya memajukan penduduk rumah panjang itu.
Ciri-ciri kepahlawanan dan kepimpinan sebagai Tuai Raban Bansa telah terserlah pada diri Ngelai dan mengambil Melia gadis rumah panjang itu sebagai isterinya. Namun apakah kesudahan hubungannya dengan Muni?