Filem REBEL: Berontak Untuk Berotak

Rebel Berontak Untuk Berotak

Nantikan filem aksi berjudul 'REBEL: Berontak Untuk Berotak' arahan pertama Dato' Awie akan ditayangkan di pawagam pada 2 Mei 2024.

Rebel

Tarikh Tayangan: 2 Mei 2024
Idea Asal: Dato Awie
Skrip: Ramdan Che Hassan
Pengarah: Dato Awie
Produksi: Wau Productions Sdn Bhd & Rumah Produksi Merah Sdn Bhd 

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Luka
MK K-clique sebagai Bono
Dato Awie sebagai Pak Long Biring
Shikin Kamal sebagai Kaseh
Azlan Komeng sebagai Pian
Fahd Majid sebagai Pali
Jesse Lim sebagai Lim
Razif Salimin sebagai Man Filem
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ayah Luka
Nor Albaniah sebagai Ibu Luka
Merah sebagai Luka Kecil
Ellysa Ramlee sebagai Kaseh Kecil
Izhan Fahmi sebagai Bidin

Sinopsis Rebel: Berontak Untuk Berotak

Mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

Luka, seorang pemuda yang berasal dari penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan di kelilingi elemen-elemen yang tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism. Walaupun berasal dari persekitaran sedemikian, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan yang normal. Luka bagaimanapun mempunyai satu sifat yang membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan matanya

Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman di situ. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibunya. Pergaduhan itu tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.