Filem Syerif

Syerif

Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Dato’ Aaron Aziz dan Elizabeth Tan iaitu ‘Syerif’. Bekerjasama dengan Skop Productions, filem kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform.

Syerif

Tarikh Tayangan: 2024
Penulis Skrip: Nazifdin Nasrudin, Syafiq Yusof
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Astro Shaw & Skop Productions

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Syerif
Syafiq Kyle sebagai Nazri
Azira Shafinaz sebagai ASP Shazlin 
Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifri
Elizabeth Tan sebagai Jennifer Wong

Sinopsis Syerif

Mengisahkan Syerif, anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Syerif