Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38)

AJL38

Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil pada 3 Mac 2024 (Ahad), pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung HD secara eksklusif hanya di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tema AJL 38 iaitu Muzikaverse, gabungan dua perkataan iaitu Muzik dan Multiverse dimana kita menggabungkan dunia penyanyi, penulis lirik dan komposer yang berbeza dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu.

AJL 38 menyaksikan 12 buah lagu bakal berentap untuk merangkul gelaran Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik. Penonton juga boleh mengundi untuk 2 kategori iaitu Persembahan Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa di malam AJL nanti.  

AJL 38 akan dihoskan oleh Sherry Alhadad. Karpet Merah AJL 38 yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy akan bersiaran langsung di TV9, pada 3 Mac 2024, pukul 8.30 malam, serta strim LIVE HD di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

AJL 38 dibawakan khas oleh ALHA ALFA sebagai penaja utama dan APPLECRUMBY sebagai penaja bersama.

Finalis Anugerah Juara Lagu 38:
1. Jangan Mati Rasa Itu - Aina Abdul
2. Sutera - Aisha Retno
3. Santai - Naqiu
4. Inilah Jalannya - Masdo
5. Astana - Ernie Zakri
6. Darah - Marsha Milan
7. Kalam - Shiha Zikir
8. Hasrat - Amir Jahari
9. Kucuma - Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah
10. Bintang - Hael Husaini
11. Waktu - Hasif Upin & Ziana Zain
12. Selagi Ku Ada - Khai Bahar & Nabila Razali