Dara & The Gang

Dara & The Gang

Drama komedi 'Dara and The Gang' diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gangs nukilan Amarilis Rahim. Drama terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan penulisan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal. Dara & The Gang akan menemui penonton bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman tonton.com.my

Dara & The Gang

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 28 September 2023
Waktu Siaran: Rabu & Khamis, 6.00 petang
Rangkaian: Sakura TV3 / tonton
Penulis Novel: Amarilis Rahim
Penulis Skrip: Dr. Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah: Zul Huzaimy
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Watak Pelakon 
Shasha Abedul sebagai Dara
Erysha Emyra sebagai Busu
Arena Wan sebagai Bedah
Chubb-E sebagai Rizal
Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari
Cat Farish
Enot

Sinopsis Dara and The Gang

Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung! 

Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.