TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, akan mengacarakan TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten, TikTok Awards meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.
Majlis anugerah ini yang bakal berlangsung pada bulan kebangsaan juga tampak bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan berserta konten mereka yang merangkap nadi Malaysia untuk dinikmati oleh para penonton di serata dunia.
Sejak ditubuhkan, TikTok telah menjadi platform yang memupuk semangat ekspresi kreatif, tulen dan positif, serta telah mencorak sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui sejenis bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video.
Anugerah ini akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra. Para calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini.
Untuk Pilihan Popular, TikTok akan membuka undian untuk orang awam, dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka. Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10:00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam, dan undian boleh dibuat di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/
TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Setelah disenarai pendek oleh panel juri, orang awam berpeluang untuk memilih peserta dengan busana terbaik bagi malam tersebut.
Peminat para calon boleh menzahirkan sokongan mereka dengan menyaksikan siaran majlis anugerah tersebut secara langsung di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok pada hari Ahad, 27 Ogos 2023.
Majlis anugerah ini akan dimeriahkan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan anugerah di atas pentas. Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi! Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja).