Telefilem Ralat (TV1)

Ralat

Saksikan Panggung RTM khas Merdeka bertajuk “Ralat” yang disiarkan pada 5 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV1.  

Ralat

Waktu Tayangan: Sabtu, 5 Ogos 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zamnaj Production Sdn Bhd
Pelakon: Azrel Ismail, Ika Nabella, Nur Risteena Munim, Riz Amin, Puteri Rafasya, Luna Liyana, Rahim Kidol, Sharifah Anthasha, Hashim, Ayu Azlina Md Noor, Ben Ryzlan

Sinopsis Ralat

Kisahnya berlatarkan watak utama iaitu pasangan sahabat, Zaim dan Afzan sememangnya berkawan baik dan bekerja di syarikat yang sama. Kehidupan mereka dalam bersahabat seperti orang lain yang ada pasang surutnya.

Malang tidak berbau takdir menentukan mereka berdua telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Afzan meninggal dunia. Manakala Zaim pula berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pakar.

Isteri Afzan, Iman memutuskan mengambil alih tanggungjawab segala tugas Afzan sebagai Pengarah Projek. Dia tidak percaya orang lain akan mampu untuk mengambilalih bebanan kerja ditinggalkan arwah suaminya itu.

Sementara itu, anak mereka Puteri sering teringatkan arwah papanya. Iman meminta bantuan Zaim untuk memujuk Puteri. Puteri memanggil Zaim dengan panggilan papa. Isteri Zaim, Hani merupakan kawan baik Iman. Hani syak Zaim ada hubungan dengan Iman. Iman pula tanpa sedar selalu terbayangkan Zaim sebagai Afzan

Apakah penyudah kepada hubungan tiga segi mereka?