Drama Tentang Hati Dia (TV3)

Tentang Hati Dia

Nantikan drama bersiri 'Tentang Hati Dia' adaptasi daripada novel 'Kapcai Girl Vs Encik Superbike' karya Bunga Amani akan mengisi slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Amor Rizan, menampilkan Aliff Aziz dan Trisha Ooi sebagai pelakon utama.

Tentang Hati Dia

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon: Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Amir Mirza, Muaz Zabir, Fazlina Ahmad Daud, Aliah Lee, Azza Elite, Nina Smith, Saidah Kamarudin, Nurin Afiqah, Nik Ramly Rejab, Ziha Salleh, Ieka Zulkifli, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Al-Rayyan Ho

Watak Pelakon 
Aliff Aziz sebagai Wafi
Trisha Ooi sebagai Tiara
Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
Saidah Kamarudin sebagai Shida
Laura Olivia sebagai Cica
Al-Rayyan Ho sebagai Fairuz 

Sinopsis Tentang Hati Dia

Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.

Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?

Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?

Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian.

Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?