Filem Pekik

Filem Pekik

Pekik adalah sebuah filem dokumentari yang dibawakan khas oleh Studio Pixels Sdn. Bhd yang menceritakan tentang sejarah scene muzik underground Malaysia.

Sekitar akhir 80-an dan 90-an, muzik underground yang membabitkan band-band indie pernah mendapat tempat dan berkembang dengan meluas dalam industri muzik di Malaysia.

Ketika itu, lahirlah pelbagai band-band indie hebat seperti Butterfingers, OAG, Monoloque, Hujan, Blind Tribe dan banyak lagi.

Penerbitnya, Fareeq Alias berkata, Pekik merupakan naskhah yang menceritakan kisah muzik rock indie di Malaysia yang mengambil dari sudut pandang ahli-ahli band sendiri.

“Filem dokumentari ini menggabungkan temu ramah dan footage persembahan band dalam usaha menjejak perkembangan ‘scene underground’ di negara ini bermula akhir 80-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie sekitar dua dekad selepas itu, 

“Pekik juga cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi ‘scene’ ini dengan menggambarkan subkultur ini dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak ‘scene’ atau mereka yang terbabit dengan muzik ini,” ujarnya.

Ujarnya, filem dokumentari selama dua jam itu memaparkan berpuluh-puluh temu bual dengan pemuzik rock bebas lama dan baharu, dan rakaman konsert utama yang melibatkan kumpulan ini selama beberapa dekad.

Antara anggota band indie yang terbabit dalam pembikinan Pekik seperti Aru Peruzza (Koffin Kanser, Radhi (OAG), Loque dan Emmet (Butterfingers), Izzat Uzaini (Hujan), Tam (Blind Tribe), Francis Wolf (Spunky Funggy) dan Myo (Muck).

Pekik akan mula ditayangkan di Astro First bermula pada 1 April ini, atau boleh di strim melalui platform On Demand atau Astro Go. 

Perkongsian Cerita Oleh:
Aru Peruzza - Koffin Kanser/Republic of Brickfields
Fathullah Luqman - Spiral Kinetic Circus/Infectious Maggots
Radhi - OAG
Loque - Butterfingers/monoloQue
Emmett - Butterfingers/Emmett I
Rom Mohd Nor - ROTTW
Azmyl Yunor  - The Maharajah Commission
Izzat Uzaini - Hujan
Tam - Blind Tribe
Francis Wolf - Spunky Funggy
Myo - Muck/Bodysurf Music
BB Noise
Dead Mushroom
Couple
Naratu
Strikeout
Restraint
Nervedeless
Private Whizz
Motherland
Sekumpulan Orang Gila (SOG)