AJL 37 Bertemakan Dimensi Muzik

AJL 37

Anugerah Juara Lagu bakal edisi ke-37 bakal berlangsung pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my

Tema Dimensi Muzik menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik.

Malam anugerah buat julung kali menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. 

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50,000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30,000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12,000 dan trofi. 

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil. 

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang.

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari. 

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37:

Lagu Penyanyi Komposer Penulis Lirik
Sengsara Khai Bahar John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Mainan Naim Daniel Firdaus Rahmat, Omar K & Mas Dewanga Arisz Ab Rahman
Anugerah Terindah Alif Satar & The Locos Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Nang Iman Troye Ezra Kong & A.ramle Ezra Kong & A.ramle
Payung Pelangi Noki & Mk Noki & Mk Noki & Mk
Satu Malam Di Temasek Sonaone & Joe Flizzow Sonaone Sonaone & Joe Flizzow
Kembali Terang Marsha Milan Senna & Ajin Senna
Bahagiakan Dia Liza Hanim & Shila Amzah Aliff Iskandar Aliff Iskandar & Que Afiq
Korban Ernie Zakri Ernie Zakri Ernie Zakri
Debu Dayang Nurfaizah & Amir Masdi Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam & Acap Salim
Irama Shiha Zikir Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Terus Hidup Aina Abdul Aina Abdul Aina Abdul
Finalis AJL 37