Telefilem Portal (TV2)

Portal

Saksikan telefilem Portal pada 28 Disember ini, Rabu pukul 9:00 malam di TV2.

Portal

Waktu Siaran: Rabu, 28 Disember 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 RTM
Penulis Skrip: Zafeilum Baginda
Pengarah: Zafryn
Produksi: Imagine Nation Films
Pelakon: Qistina Raisah, Zali Rusli, Airil Azimi, Kaw Qing wei, Putra Amaris

Sinopsis Portal

Sufian dan Albert bercuti bersama keluarga Anis di rumah pantai mereka. Percutian bermula dengan baik tetapi pada malam itu, perhatian mereka ditarik oleh satu cahaya berkelip-kelip di hutan berdekatan rumah percutian. Mereka bertiga, termasuk Laila pergi memyiasat sumber kerlipan lampu tersebut. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa dan mereka berpatah balik, namun mereka dikejutkan dengan satu cahaya yang sangat terang apabila mereka menoleh ke belakang. Kelihatan satu Portal terbuka luas. Mereka memberanikan diri dan melangkah masuk ke dalam portal tersebut.