Telefilem Kasih Abang (TV2)

Kasih Abang

Jangan lupa saksikan telefilem Kasih Abang yang akan ditayangkan pada 12 Disember ini, Isnin pukul 9.00 malam di TV2 RTM.

Kasih Abang

Waktu Siaran: Isnin, 12 Disember 2022, 9:00 malam
Rangkaian: RTM TV2
Idea Asal: Muaz Fitri
Penulis Skrip: Ramlah Rashid
Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman
Produksi: Red Intrade Production
Pelakon: Muaz Fitri, Aman Aziz, Halim Radzi, Natasha Sass, Arash Mohd, Aleza Shadan, Farah Ahmad, Danish Hazriq, Syed Irfan

Sinopsis Kasih Abang

Pertemuan Adam, seorang pelukis jalanan dengan Wani anak orang kaya berjaya merungkai pencarian adiknya, Idris sejak mereka terpisah 18 tahun yang lalu. Perpisahan tersebut berlaku apabila ibu mereka yang terpaksa menjadi keldai dadah untuk melunaskan hutang arwah bapa mereka, enggan meneruskan kerja haram tersebut dan kemudiannya dibunuh seperti bapa mereka. Adam membawa Idris bersembunyi dan kemudian pulang semula ke rumahnya untuk menyelamatkan ibunya tetapi cubaanya gagal.