Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Budak Hostel Otaknya Sewel

Nantikan drama adaptasi novel Budak Hostel Otaknya Sewel karya Hasrul Rizwan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 31 Julai 2023. Diterbitkan oleh Radius One, drama berkonsepkan keremajaan ini diarahkan oleh Mr. Labu, dibintangi muka-muka baharu termasuk alumni Big Stage 4, Tuah Adzmi, Adam Eji, Izz Ilham dan Baihaqi Maji sebagai tunggak utama.

‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 31 Julai 2023, jam 10.00 malam melalui saluran Astro Ria (104). Untuk pilihan lebih fleksibel, ia turut boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Budak Hostel Otaknya Sewel

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023
Waktu Tayangan: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Nizam Zakaria, Fairul Nizam Ablah, Bainun Waheeda, Amar Amir, Ken Ridzuan
Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Tuah Adzmi sebagai Akhil
Baihaqi Majid sebagai Mat Piah
Izz Ilham sebagai Cupin
Adam Eji sebagai Widad
Azhan Rani sebagai Cikgu Marzuki
Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial
Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
Datin Natasha sebagai Cikgu Murni
Ahmad Amim sebagai Adam
Wan Zarul sebagai Borhan
Lorenzo Irmann sebagai Zahid
Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek
Elyshia Abegail sebagai Dottie
Flora Haron sebagai Angah
Amsyar Aziz sebagai Munawir
Adzim Hariz sebagai Ghani Garpu
Antasya sebagai Munirah 
Lisa Audrey sebagai Mona Ranggi
Ahmad Uwais Danial sebagai Mat Gorn

Lagu Tema (OST)
Pendar - Tilu
Kencana - Plong!
Trek 8 - Iqbal M.

Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel

Mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai  pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. Mat Piah,  Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka  ‘terkantoi’ dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya.

Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.

Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Sinopsis Novel Budak Hostel Otaknya Sewel

"Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!" Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.
  
Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita.

Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!

Budak Hostel Otaknya Sewel