Drama Bunga Aku Tunggu (TV3)

Bunga Aku Tunggu

Drama bersiri 'Bunga Aku Tunggu' terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd merupakan kisah yang bergenre saspens psikologi diarahkan oleh Along Kamaludin dan adalah hasil nukilan skrip oleh Adza Emie. Drama ini menampilkan barisan pelakon ternama tanah air iaitu Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.

Drama Bunga Aku Tunggu bakal menemui penonton mulai 17 Mei 2023 menerusi slot Samarinda di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.

Bunga, Aku Tunggu

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 17 Mei 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Wira Nusa Corporation
Pelakon: Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Abil Qamaruzaman

Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Kamal Iman
Nelydia Senrose sebagai Bunga
Atiq Azman sebagai Arjuna

Sinopsis Bunga Aku Tunggu

Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. 

Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?

Bunga Aku Tunggu