Filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor diterajui pelakon, penyanyi dan pelawak berpengalaman seperti Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta memperkenalkan bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Filem Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara pada 4 Ogos ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.
Gadis Jolobu The Movie
Genre: Komedi Romantik
Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022
Penulis Skrip: Bobo Ikmal & CL Hor
Pengarah: CL Hor
Produksi: Tremendous Entertainment & Zebra Studio Sdn Bhd
Watak Pelakon
Datuk Hattan sebagai Atan
Joey Daud sebagai Ajoi
Khir Rahman sebagai Acong
Ahirine sebagai Jijah
Sinopsis Gadis Jolobu The Movie
Memaparkan kisah komedi tentang 3 bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan “Lambat Sunat, Lambatlah kahwin” sering bermain difikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Filem ini turut mengetengahkan beberapa elemen “adat pepatih” dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan.