Drama Kau vs Aku

Kau vs Aku

Siri Originals Sooka, Kau vs Aku diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Siri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki.

Siri Kau vs Aku diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dan menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E dan Atikah Suhaime.

Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan.

Kau vs Aku

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2022
Skrip: Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afiza Asram
Pengarah: Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah
Produksi: Wattpad WEBTOON Studios

Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
Mia Sara Shauki sebagai Shanina
Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
Arena Wan sebaga Syafikah
Imran Aqil sebagai Ashraf
Fimie Don sebagai Luqman
Atikah Suhaimie sebagai Hanniya
Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
Hafidz Roshdi sebagai Emir
Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda

Sinopsis Kau vs Aku

Memaparkan kisah cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya.

Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?