Filem Kan Cheong

Kan Cheong

Filem Kan Cheong yang merupakan buah tangan sulung Thinkerbell Studios yang mengetengahkan isu kesihatan mental. Filem bergenre thriller drama ini akan ditayangkan menerusi Astro First saluran 480 dan On Demand mulai 11 Ogos 2022 ini.

Kan Cheong

Genre: Thriller Drama
Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2022
Rangkaian: Astro First 480
Pengarah: Noor Azlan Shah
Produksi: Thinkerbell Studios
Pelakon: Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar

Sinopsis Kan Cheong

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. 

Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. 

Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh.

Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. 

Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.

Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri.

Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. 

Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! 

Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?