Sinopsis Filem Don Dukun

Don Dukun

Nantikan kemunculan filem komedi seram terbitan Astro Shaw, Don Dukun yang dijangka menemui penonton tahun hadapan di pawagam seluruh tanah air. Don Dukun diarahkan oleh Waan Hafiz dan skrip oleh Junad M.Noor bersama Amin Shakib. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana dan ramai lagi.

Don Dukun

Tarikh Tayangan: 2023 
Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shakib
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon: Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal, Aloy Paradoks, A Galak, Puteri Qaseh, Cassia Iman

Sinopsis Don Dukun

Mengisahkan tentang Don Arif yang merupakan bomoh luar biasa dan berasal daripada keturunan bomoh terkenal.

Sebagai 'influencer' media sosial, dia sering memikirkan cara baru untuk meraih populariti. Dengan bantuan Jaafar, penolong kanannya, mereka berjaya ‘menyembuhkan’ seorang wanita yang dirasuk semasa Konvensyen Bomoh sedang berlaku.

Upacara itu kemudiannya menjadi viral dan sejak peristiwa itu Don Arif semakin terkenal. Maka bermulalah perjalanan baru kehidupannya dengan mendapat permintaan tinggi untuk menggunakan khidmatnya.