Histeria The Series (Astro Originals)

Histeria The Series

Astro Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, ‘Histeria The Series’, bermula 6 Jun ini di Astro Citra. Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, ‘Histeria’ lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee. 

Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini juga menyaksikan jenama Astro Originals meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon muda berbakat besar sebagai teraju utama seperti Mia Sara, Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal. Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. 

Histeria The Series

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin, 9:00 malam 
Rangkaian: Astro Citra, Astro GO atau On Demand
Pengarah: James Lee
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Produksi: Infinitus Gold Sdn Bhd
Pelakon: Mia Sara, Amelia Christie, Serra Kamal, Sharifah Aryana, Liyana Jasmay, Namron, Ziha Salleh, Ziana Zain, Farah Ahmad, Tony Eusoff, Rawaida Jimi, Mathni Razak, Rosdeen Suboh, Fimie Don, Riesha Aslan, Rawaida Jimi, Tisya Ong, Alvy Joanna, Aznie Azmi

Watak Pelakon
Mia Sara sebagai Alia
Amelia Christie sebagai Puteri
Serra Kamal sebagai Zee
Sharifah Aryana sebagai Diana
Liyana Jasmay sebagai Murni
Namron sebagai Inspektor Ismail
Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah
Ziana Zain sebagai Puan Nora
Farah Ahmad sebagai Cikgu Zuraidah
Tony Eusoff sebagai Prof Zainal
Rawaida Jimi sebagai Julia
Mathni Razak sebagai Cikgu Rayyan
Rosdeen Suboh sebagai Pak Azman
Fimie Don sebagai Khairul
Riesha Aslan sebagai Vanidah
Tisya Ong sebagai Sakinah
Alvy Joanna sebagai Ily
Aznie Azmi sebagai Farah

Sinopsis Histeria The Series

Mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.

Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.

Episod 1 - Alia mula mendaftar di sekolah baharu, Sekolah Sri Fatimah. Cuba menyesuaikan diri, dia berkenalan dengan rakan sekelas iaitu Putri dan Vanidah. Menjengah ke bilik asrama, Alia dimaklumkan tempat tinggalnya itu dahulu milik seorang pelajar yang membunuh diri bernama Farah.