Sinopsis Jaga-Jaga Senariounion

Jaga-Jaga Senariounion

Kumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem Jaga-Jaga Senariounion. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan. Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi ‘punchline’ yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu, tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu. Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.

Saksikan Jaga-Jaga Senariounion di Astro First bermula 21 April 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Jaga-Jaga Senariounion

Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 21 April 2022
Rangkaian: Astro First 480
Pengarah: Aziz M. Osman
Produksi: Botak Production Management Sdn Bhd
Pelakon: Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan, Ilya, 

Watak Pelakon 
Mohd Azlee bin Jaafar sebagai Azlee 
Illya Buang bin Shaharum sebagai Tok Kadi 
Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff sebagai Saiful 
Abdul Wahid bin Mohd sebagai Wahid 
Yassin bin Yahya sebagai Yassin 
Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli sebagai Dato Hamdan 
Nur Farisha Amira binti Aslan sebagai Zila 
Mas Said bin Abdul Ghani sebagai Prono 
Badrolshah bin Abdul Manan sebagai Bala 
Syaniza binti Hisham sebagai Syanie 
Aman Shah bin Asri sebagai Amen 
Siti Nora binti Sukiran sebagai Nora

Lagu

Tajuk: Yang Bertakhta Akhirnya
Penyanyi: M. Nasir
Penulis Lirik: Mohd Nasir Mohamed
Warner Chappell Music Malaysia Sdn Bhd
Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd 

Tajuk: Musim Kenduri Kahwin
Komposer: Illya Buang
Lirik & Nyanyian: Senario

Tajuk: Tralala Joget
Bintang Malaya Hawaiian Band
Emi Colombia 33es 306
The Gramophone Company Ltd

Sinopsis Jaga-Jaga Senariounion

Keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk pengiring bakal pengantin - Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring.

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan - Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan.

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?