Drama Takdir Cinta Dhia

Takdir Cinta Dhia

Nantikan drama Takdir Cinta Dhia bergenre crime-thriller memaparkan kisah tragedi cinta yang diduga dengan perasaan hasad dengki serta dendam keluarga. Menampilkan pelakon utama Dato’ Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad dan Shah Jaszle, serta didukung oleh barisan pelakon seperti Khalida Balqis, Nazrief Nazri dan Nada Nur Syuhada. Drama 40 episod ini diarahkan oleh Idora Abd Rahman dan skrip oleh Nieza Nahar. 

‘Takdir Cinta Dhia’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 September 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Takdir Cinta Dhia

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 12 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima slot Tiara
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman 
Produksi: Suhan Movies & Trading
Lagu OST: Cinta Pasti Bersatu - Margosa feat Aepul Roza

Watak Pelakon
Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra
Dato' Aaron Aziz sebagai Fayyad
Shahz Jaszle sebagai Huzair
Nada Nur Syuhada sebagai Natasha
Nazrief Nazri sebagai Fikri 
Khalida Balqis sebagai Nadia
Faez Nick sebagai Nick
Hanis Husna sebagai Dr Intan
Danial Dashuki
Azhar Amir

Sinopsis Takdir Cinta Dhia

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.  

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. 

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Takdir Cinta Dhia