Semua Tentang Kita (TV3)

Semua Tentang Kita

Saksikan telefilem Semua Tentang Kita sebuah kisah realiti kehidupan semasa berada di fasa pandemik Covid-19 pada Jumaat ini jam 10 malam.

Semua Tentang Kita

Waktu Siaran: 28 Januari 2022, 10:00 malam 
Rangkaian: TV3
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Syafie Naswip, Jalaludin Hassan, Edika Yusof, Vanidah Imran, Anna Jobling, Doria Rachel Jolly, Aida Khalida, Anne Arifin, Kamarul Eqifshah, Kodi Rasheed

Sinopsis Semua Tentang Kita

Mengisahkan gelagat masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan dugaan pandemik Covid-19. Amir telah mencari jalan mudah untuk meloloskan diri balik ke kampung. Selepas pulang dari kampung, Amir panik kerana didapati positif Covid-19. Teman serumah dan ibu bapa di kampung turut berjangkit. Hairi dan Zeera dalam proses ingin bercerai kerana sudah tidak serasai. Mereka terpaksa berkurung di rumah bersama anak lelaki mereka, Ery kerana PKPD. Mereka sering bergaduh manakala Ery cuba untuk menyatukan mereka semula. Rosa dan Jasmine merupakan pramugari sebelum zaman pandemik. Akibat dibuang kerja, mereka terdesak dan mencuba nasib untuk meniaga makanan di tepi jalan.