Drama Jangan Pernah Lupakan Aku

Jangan Pernah Lupakan Aku

Drama bersiri 'Jangan Pernah Lupakan Aku' merupakan adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris, 'Don’t Forget To Remember' oleh Sonia Mael bakal menemui penonton mulai 6 November ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.  

JUDUL : JANGAN PERNAH LUPAKAN AKU
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 6 November ini
WAKTU SIARAN : Khamis-Sabtu, 8.00 malam
RANGKAIAN : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Amzari Amir
PRODUKSI : Wayang Tinggi Produksi Sdn Bhd
PELAKON : Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester, Bohari Ibrahim, Noralbaniah, Zuraini Kassim, Sharifah Anthasha, Ikhwan Khairudin, Norlie Tamam, Sasha Liiv

WATAK PELAKON 
Julia Farhana Marin sebagai Ariana
Bong Wei Jian sebagai Jeremy Crawford
Silfeny Osman sebagai Azizah
Zera Hariz sebagai Jasmin
Susan Lankester sebagai Mrs. Crawford
Bohari Ibrahim sebagai Tok Ishak Gajah
Zuraini Kassim sebagai Pak Man
Sharifah Anthasha sebagai Mak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Johan
Sasha Liiv sebagai Marion

SINOPSIS JANGAN PERNAH LUPAKAN AKU
Ariana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri.

Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris. 

Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali.

Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan.

Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu.


Jangan Pernah Lupakan Aku
Jangan Pernah Lupakan Aku