Apartmen Putra (TV2)

Apartmen Putra

Sitkom Apartmen Putra bakal menemui penonton mulai 20 November ini hingga 1 Januari 2022, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 11.00 pagi di TV2. Menampilkan pelakon utama Joey Daud, Along Cham, Syafie Naswip, Reen Rahim dan Eric Fuzi.
 
JUDUL : APARTMEN PUTRA
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 20 November 2021
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 11.00 pagi
RANGKAIAN : TV2 (RTM)
PENGARAH : Nor Ashikin Zainal, Danny Alamsyah
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM (UDTV RTM)
PELAKON : Joey Daud, Shafie Naswip, Along Cham, Reen Rahim, Eric Fuzi, Catriona Ross, Bob AF, Ungku Hariz, Apek Senario, Umar Dzarif, Lia Natalia, Didie Alias, Emelda Rosmila, Waris, Ewal Ismail, Sangeeta, Issey Fazlisham, Ieda Moin.   

WATAK PELAKON
Joey Daud sebagai Alif
Along Cham sebagai Roy
Syafie Naswip sebagai Edy
Reen Rahim sebagai Maya
Eric Fuzi sebagai Penglipurlara

SINOPSIS APARTMEN PUTRA
Sitkom ini membawa pelbagai kisah masyarakat kelas pertengahan (B40) berlatar lokasi di sebuah apartmen di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tiga orang sepupu Alif, Roy dan Edy yang berbeza profesion gamat tinggal sebumbung.  Kemunculan gadis Voque kedai runcit Apartmen Putra menjadi rebutan tiga sepupu tersebut, namun akhirnya mereka menjadi geng ‘membawang’. 

Pelbagai ragam, isu dan masalah yang lucu berlaku di Apartmen Putra berjaya diselesaikan dengan baik bersesuaian dengan mesej positif dalam setiap episod.