Drama Danny (Astro Prima)

Drama Danny

Drama rantaian dari Singapura, ‘Danny’ merupakan sekuel kepada telefilem ‘Cinta Ramadan’ lakonan Sharnaaz Ahmad, Elfaezah Ul Haq dan Nadia M Din. Drama 'Danny’ akan mengisi slot Tiara di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang

JUDUL : DANNY
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 12 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummat, 6:00 petang
RANGKAIAN : Astro Prima -  Slot Tiara
PENGARAH : Razi Salam
PRODUKSI : Flipside Stories Pte Ltd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Elfaezah Ul Haq, Nadia M Din, Dayang Balqis, Taufiq Salleh, Junaidi Sali, Sarah Aqilah

SINOPSIS DANNY
mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny selepas pemergian Natrah. Danny cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil. Dalam usaha untuk mengimbangi dua dunia tersebut, Danny jatuh hati pada Sarah, seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat ayahnya. Sarah tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.

Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah. Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni. 

Hosni mula mengesyaki Danny sedang berselingkuh dengan isterinya. Perselisihan ini membawa kepada kehidupan Danny sekali lagi diambang kesusahan. Mampukah Danny menyimpan cinta Sarah dan kepercayaannya juga dalam masa yang sama. Adakah Danny bakal mengulangi dosa lamanya?