Azan Rumah Abah

Azan Rumah Abah

Episod baru drama Kisah Rumah Tangga bertajuk 'Azan Rumah Abah' lakonan Faizal Hussein, Hafreez Ada dan Dato Rahim Razali bermula 10 Mei ini,Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di Astro Ria.

JUDUL : KISAH RUMAH TANGGA - AZAN RUMAH ABAH
EPISOD : 5
TARIKH TAYANGAN : 10-14 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria HD 104 | SD 124
IDEA ASAL : Shahrulezad Mohameddin
PENGARAH : Uchee Fukada
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Faizal Hussein, Hafreez Adam, Dato Rahim Razali, Shiqin Kamal, Ikhlas Jalil, Zarynn Min, Mak Wan, Remy maghrib

SINOPSIS AZAN RUMAH ABAH
Kalif dan Kaifa yang mengalami masalah pelaburan emas pulang ke kampung untuk bersembunyi tetapi kepulangan mereka disambut dingin oleh ayah mereka, Haji Umar.

Kisah Rumah Tangga Episod 21
Pelaburan emas yang diuruskan Kalif dan Kaifa mengalami masalah dan mereka perlu membayar gantirugi pelanggan. Takut dipukul pelanggan, mereka ambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama isteri mereka.

Kisah Rumah Tangga Episod 22
Kalif dan Kaifa tertekan terpaksa hidup dengan cara Haji Umar yang warak kerana mahu mereka solat dan beramal ibadah secara berjemaah. Hajat mereka untuk tinggalkan kampung terbatal apabila Asrul muncul.

Kisah Rumah Tangga Episod 23
Kaifa dan Kalif makin tertekan bila cara hidup ayah mereka mendapat respon positif daripada Asrul. Kaifa juga mula bertengkar dengan Sufiah dan menuduh Sufiah cuba menggantikan tempat arwah ibu mereka.

Kisah Rumah Tangga Episod 24
Hubungan Kaifa dan Julia semakin keruh apabila Julia berani melawan dan lebih bertegas meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila Kaifa bertelagah dengan Haji Umar hingga menyebabkan Haji Umar jatuh pengsan

Kisah Rumah Tangga Episod 25
Kaifa dan Kalif takut kehilangan ayahnya membuatkan mereka berubah. Hubungan keluarga mereka mula pulih tetapi tidak lama apabila Kalif kemalangan ketika menghantar Hana yang hendak bersalin di Hospital