Rindu Salah Alamat

Rindu Salah Alamat

Drama Kisah Rumah Tangga episod 11 hingga 15 bertajuk Rindu Salah Alamat Hannah Delisha dan Imam Shah.

JUDUL : KISAH RUMAH TANGGA - RINDU SALAH ALAMAT
EPISOD : 5
TARIKH TAYANGAN : 26-30 April 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria HD 104 | SD 124
IDEA ASAL : Shahrulezad Mohameddin
PENGARAH : Uchee Fukada
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Hannah Delisha, Imam Shah, Shiqin Kamal, Hafreez Adam, Riena Amirah

SINOPSIS RINDU SALAH ALAMAT
Episod 1 - Fatin resah mendengar kes curang rakan baiknya namun yakin suaminya Iman, tak mungkin akan berbuat sedemikian. Sangkaannya meleset apabila ada kek istimewa yang dihantar kepada Iman dari gadis bernama Ayu.

Episod 2 - Fatin mula curiga dan tertanya-tanya tentang Ayu, gadis yang menghadiahkan kek kepada Iman. Rakan-rakan Fatin mula menghasutnya dengan mengatakan itu adalah tindakan permulaan suami yang bakal curang, sama serperti suami mereka. Fatin mula perhatikan Iman dan perasan yang Iman sudah berubah dan banyak berahsia.

Episod 3 - Fatin semakin yakin Iman curang terhadapnya dan bila bersemuka, Iman selalu mengelak. Fatin memulakan siasatan sendiri tentang Ayu. Maklumat yang diperolehi dari peniaga kek memberi kejutan kepada Fatin

Episod 4 - Setelah disiasat latar belakang Ayu dan mendapat pengesahan daripada peniaga kek yang sebenarnya kek itu dihantar ke alamat yang salah, Fatin mula rasa lega kerana tiada bukti yang Iman curang terhadapnya.

Episod 5 - Iman semakin lama semakin kuat berahsia dan mula menipu Fatin. Setelah didesak, Iman akhirnya mengaku yang dia memang ada menyimpan rahsia besar kerana risau ianya akan merosakkan rumah tangga mereka.