Sinopsis Bikin Filem (Astro First)

Bikin Filem

Filem komedi 'Bikin Filem' bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 mulai 5 November 2020. Membariskan bintang terkenal tanah air seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Hamid dan ramai lagi. 

JUDUL : BIKIN FILEM
TARIKH TAYANGAN : 5 November 2020
SIARAN TV : Astro First saluran 480
PENGARAH : Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler)
PRODUKSI : Empire Film Solution
PELAKON : Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, Ucop

SINOPSIS BIKIN FILEM
Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden  lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.