Filem Daulat (iflix)

Daulat

Lacuna Pictures menghasilkan filem thriller politik pertama di Malaysia berjudul 'DAULAT' yang bakal ditayangkan secara percuma menerusi laman penstriman video tempatan iFlix (iflix.com) pada 6 April 2020. Filem arahan Imran Sheik ini memaparkan kisah sisi gelap dunia politik. Membariskan pelakon hebat tanah air seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne dan ramai lagi. 

JUDUL : DAULAT
TAYANGAN : 6 April 2020
GENRE : Thriller Politik
PENGARAH : Imran Sheik
PRODUKSI : Lacuna Pictures
PELAKON : Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Cristina Suzanne, Jasmine Suraya, Zul Zamir, Amar Asyraf, Sangeeta Krishnasamy, Dato Jalaluddin Hassan

WATAK PELAKON
Vanidah Imran sebagai Suri
Rashidi Ishak sebagai Idrus
Tony Eusoff sebagai Hassan 
Jasmine Suraya sebagai Jasmin Choo
Cristina Suzzane sebagai Nadiya Hassan
Zul Zamir sebagai Ali Fahim

SINOPSIS DAULAT
Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti. Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.