Sinopsis Filem Zombitopia (2020)

Zombitopia

Nantikan filem 'Zombitopia' lakonan Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Azman Hassan dan Sharifah Amani. Filem arahan MJ Woo, diterbitkan oleh Greenlight Pictures dan Lomo Pictures. Tayangan filem ini telah ditangguhkan sehingga diumumkan kelak.

JUDUL : ZOMBITOPIA
Tarikh Tayangan : 2020
Genre : Aksi / Seram
Penulis Asal : Nessa Jamal
Pengarah : MJ Woo (Woo Ming Jin)
Produksi :  Greenlight Pictures & Lomo Pictures
Pelakon : Shaheizy Sam, Bront Palarae, Elvina Mohamad, Sharifah Amani, Azman Hassan, Sharifah Amani, Nur Shahidah, Jay Iswazir, Ken Abdullah, Ruzana Ibrahim, Idan Aedan, Amanda Amry

WATAK PELAKON
Shaheizy Sam sebagai Zidik
Bront Palarae sebagai Dr. Rahman
Elvina Mohamad sebagai Zooey
Azman Hassan sebagai Hassan
Sharifah Amani sebagai Maya

SINOPSIS ZOMBITOPIA
Kira-kira 15 tahun yang lalu sejenis virus telah menyerang manusia sehingga mereka yang dijangkiti bertindak ganas. Zidik (Shaheizy Sam) telah terbangun melihat kakaknya menyerang ibunya dan ayahnya telah mengorbankan diri dan Zidik berjaya melarikan diri.

Kemudian Zidik telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan dikendalikan oleh Kak Lily yang merupakan seorang yang kejam. Zidik berkawan dengan seorang lagi anak yatim piatu iaitu Zooey (Elvina Mohamad. Suatu hari, Zidik diusir dari rumah anak yatim kerana tidak mematuhi arahan Kak Lily dan selepas itu dia tidak pernah lagi melihat Zooey.

Setelah dewasa Zidik bekerja dengan Hassan yang membawanya bekerja selepas menemui Zidik yang tinggal di jalanan sahaja. Sebenarnya, mereka berdua terjebak kisah silam, di mana Hassan tidak dapat menerima kehilangan isterinya akibat virus itu dan sering lupa bahawa isterinya sudah mati, manakala Zidik terus mengingati kenangan dia bersama Zooey.

Sementara itu, Dr. Rahman (Bront Palarae) yang ingin membalas dendam telah menghasilkan sejenis virus zombie baharu untuk membuat dunia kembali ke dalam kekacauan. Zidik dan Hassan terperangkap dalam situasi huru-hara yang berlaku dengan gelombang kedua wabak zombie. Apakah yang terjadi?