Drama 7 Hari Mencintaiku 2 (TV3)

7 Hari Mencintaiku 2

Nantikan kesinambungan drama adaptasi novel '7 Hari Mencintaiku' karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha. Drama terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Jamal Khan. Akan menemui bermula 2 Julai 2020, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU 2
EPISOD : 33 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Julai 020
WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENULIS SKRIP : PGRs Team - Chinta Nadessha & Ainaa Hanez
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Fadilah Mansor, 

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Bil Azali sebagai Zaidi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Jasmin Hamid sebagai Hayati
Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
Faye Kusairi sebagai Syakila
Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Hariesa sebagai Nurul Ain
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Sean Lee sebagai Adam
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Razzuan sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura

LAGU TEMA / OST 
Aku Bidadari Syurgamu - Dato Sri Siti Nurhaliza

SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz, lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha.

Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memihat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumaah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya.

Setelah didesak, Khuzairi berjanji pada Mia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya kerana bimbang Syakila akan pikat semula Khuzairri. Manakala rumahtangga Helmi dan isterinya Sofi tidak lagi aman selepas bapa mertuanya, Datukk Johari tinggal bersama-sama. Helmi bertengkar dengan Dato Johari. Helmi kemudiannya menceraikan Sofi dengan disebabkan mandul. Dia berhasrat akan berkahwin dengan kekasihnya Linda. Mak Leha memarahi Nadia selepas mengetahui anak gadisnya memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkkan kekasih yang baru dikenali melalui Puan Hayati bernama Fariz. Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.

SINOPSIS NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

GAMBAR PELAKON
7 Hari Mencintaiku 2
Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2