Sinopsis filem Busut Bonang (2019)

Busut Bonang

Filem seram komedi 'Busut Bonang' arahan Khalid Nadzri bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2019. Menampilkan barisan pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Ropie dan ramai lagi.

TAJUK : BUSUT BONANG
Tarikh Tayangan : 19 Disember 2019
Genre : Seram, Komedi
Idea Asal : Siti Jasmina Ibrahim
Skrip : Siti Jasmina Ibrahim, Aloy Paradoks
Pengarah : Khalid Nadzri
Terbitan : Alfanazra Productions Sdn Bhd
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah, Ropie

WATAK PELAKON 
Nadzmi Adhwa sebagai Lutfy
Along Eyzendy sebagai Joey
Jasper Supayah sebagai Julia
Rashidah Jaafar sebagai Latipah
Sahronizam Noor sebagai Ngah Ali
Hairi Safwan sebagai Buyong Lah
Aloy Paradoks sebagai Lokman
Abby Nadzri sebagai Aina
Badrolshah (Bard) sebagai Salleh
Ropie sebagai Cikgu Hassan

SINOPSIS BUSUT BONANG
Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk menuntut pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus. 

Sementara itu, Joey, pemilik rancangan televisyen 'Merungkai Misteri' dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu. Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia. Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut menyebabkan mereka sesat.


Pelakon Busut Bonang
Pelakon filem Busut Bonang