Sinopsis Ejen Ali The Movie (2019)

Ejen Ali The Movie

Siri animasi popular TV, Ejen Ali diangkat ke layar perak dengan filem berjudul 'Ejen ALi The Movie' yang bakal ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November 2019. Filem hasil kerjasama Wau Animation dan Primeworks Studios ini menelan kos sebanyak RM6.5 juta dan menyasarkan kutipan sebanyak RM20 juta.

TAJUK : EJEN ALI THE MOVIE
Tarikh Tayangan : 28 November 2019
Pengarah : Muhammad Usamah Zaid
Terbitan : Wau Animation & Primeworks Studios
Pelakon Suara : Ida Rahayu, Shafiq Isa, Noorhayati Maslini, Azman Zulkiply 


SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE
Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah naik taraf menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

LAGU TEMA / OST

1. Bukalah Matamu - Aisyah Aziz

2. Kita Jaga Kita - Altimet, Cuurley & Malik Abdullah