Drama Sara Sajeeda (TV3)

Sara Sajeeda

Nantikan drama bersiri Sara Sajeeda mengandingkan bintang Malaysia dan Pakistan iaitu Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Drama 30 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Akan disiarkan bermula 3 Oktober setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

JUDUL : SARA SAJEEDA
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Muhammad Taufik & Sofia J Rhyland
PENGARAH : Eoon Shuhaini, Feroz Kader, Rizwan Zaman
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Shasha Abedul, Sofia Ibrahim, Ali Reza, Hanna Halim

WATAK PELAKON 
Tiz Zaqyah sebagai Sara
Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
Anmol Baloch sebagai Sajeeda
Fahrin Ahmad sebagai Megat
Fouziah Gous sebagai Nelissa
Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
Alif Muhaimin sebagai Khalif
Jasper Supayah sebagai Rita

SINOPSIS SARA SAJEEDA
Menceritakan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

GAMBAR PELAKON

Sara Sajeeda

Pelakon Sara Sajeeda
Pelakon drama Sara Sajeeda
Drama Sara Sajeeda
Keluarga Sara