Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2019

April 21, 2019

Anugerah Meletop Era 2019

Anugerah MeleTOP Era (AME) edisi keenam tahun ini bertemakan 'Yang Legit, Yang Legend!'. Sebanyak 16 kategori dipertandingkan merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital. AME 2019 bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) juga boleh diakses secara live streaming menerusi perkhidmatan Astro Go.

AME 2019 dihoskan oleh Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Neelofa. Antara artis yang membuat persembahan pada malam tersebut ialah Ella, Ayda Jebat, Misha Omar, Siti Nordiana, Hael Husaini, Khai Bahar, Pop Shuvit, Akim & The Majistret, Exist, Suffian Suhaimi, Haqiem Rusly, Ismail Izzani, Floor 88 dan Andi Bernadee. Barisan penyampai anugerah pula ialah Mira Filzah, Zahirah Macwilson, Remy Ishak, Janna Nick, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Amar Baharin, Datuk Chef Wan serta ramai lagi.

SENARAI PEMENANG & TOP 5 ANUGERAH MELETOP ERA 2019
★ Pemenang 

TOP TOP MELETOP
★ Khai Bahar 
★ Siti Nordiana 

MUZIK

LAGU MELETOP ERA
★ Jatuh Bangun - Haqiem Rusli 
Anta Permana - Siti Nurhaliza
Di Matamu -Sufian Suhaimi
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Sampai Bila - Misha Omar

PENYANYI MELETOP
★ Khai Bahar 
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Haqiem Rusli
Siti Nordiana
Sufian Suhaimi

GRUP/DUO MELETOP
★ Hael Husaini & Dayang Nurfaizah 
Akim & The Majistret
Caliph Buskers ft. Faizal Tahir
Floor 88
Tajul & Wany Hasrita


RADIO

PENYAMPAI RADIO MELETOP
★ Johan 
DJ Lin
Jep
Radin
Sharifah Shahirah

PROGRAM RADIO MELETOP
★ JoHaRa Pagi ERA 
Pagi di SINAR
PM ERA
Super 40 ERA
Suria Cinta

FILEM

FILEM MELETOP
★ Munafik 2 
Hantu Kak Limah
KL Special Force
Langsuir
Pulang

BINTANG FILEM MELETOP
★ Syafiq Kyle 
Fattah Amin
Remy Ishak
Syamsul Yusof
Zizan Razak

TV/ONLINE

DRAMA MELETOP
★ Lelaki Kiriman Tuhan 
Cik Reen Encik Ngok Ngek
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tak Ada Cinta Sepertimu

PROGRAM MELETOP
★ Sepahtu Reunion Live Al-Puasa 
Big Stage
Gegar Vaganza 5
Maharaja Lawak Mega 2018 Episode 1
Tazkirah Malam Jumaat

PELAKON TV MELETOP
★ Syafiq Kyle 
Fattah Amin
Fendy Bakry
Mira Filzah
Remy Ishak

HOS MELETOP
★ Siti Nordiana 
Alif Satar
Jihan Muse
Sherry
Zizan Razak

SELEBRITI

ARTIS BAHARU MELETOP
★ Eyra Hazali 
Andi Bernadee
Luqman Faiz
Sarah Suhairi
Syafiq Farhain

ARTIS LAWAK MELETOP
★ Jep 
Bocey
Fikry Ibrahim
Jihan Muse
Zizan

COUPLE MELETOP
★ Nur Fazura & Fattah Amin 
Eira Syazira & Azad Jazmin
Jihan Muse & Ungku Hariz
Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi
Vivy Yusof & Fadza Anuar

FESYEN MELETOP
★ Syafiq Kyle 
Fazura
Fattah Amin
Remy Ishak
Scha Alyahya

SI CILIK MELETOP
★ Yusoff Al Qardawi 
Aqeef Anaqi
Jebat Jayden
Lara Alana
Syeriv Samheizy

F O L L O W →

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow