Sinopsis Bella & Jamie

Bella & Jamie

Filem Bella & Jamie lakonan Juliana Evans dan Liyana Jasmay bakal ditayangkan di pawagam bermula 31 Januari 2019. Filem pertama terbitan produksi milik Liyana Jasmay iaitu Mermaid Studios dengan kos perbelanjaan sebanyak RM600,000. Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Fairul Nizam Ablah. 

TAJUK : BELLA & JAMIE
Tarikh Tayangan : 31 Januari 2019
Pengarah : Ghaz Abu Bakar & Fairul Nizam Ablah
Pelakon : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar, 
Terbitan : Mermaid Studios Sdn Bhd

SINOPSIS BELLA & JAMIE
Persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya, Reza.

Terasa ditipu dan dikhianati, Jamie memutuskan hubungan persahabatannya dengan Bella dan turut merancang untuk memutuskan dan menggagalkan hubungan bapanya, Badrul dengan ibu Bella, Maryam. Tetapi, untuk menjayakan rancangan ini, Jamie perlu bekerjasama dengan Bella dan Reza buat kali terakhir. 


LAGU TEMA: Manisnya Senyumanmu - Liyana Jasmay