Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Rezeki Tanpa Alamat

Jangan lupa saksikan telefilem Rezeki Tanpa Alamat lakonan Azrel Ismail, Jasmin Hamid dan Ahmad Iswazir Ismail pada Sabtu, 29 Disember pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : REZEKI TANPA ALAMAT
WAKTU SIARAN : Sabtu, 29 Disember 2018, 9:00 malam  
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ahmad Idham
PRODUKSI : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof

SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT
Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan. Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut.