,

Split TV Series (Astro Citra)

November 06, 2018

Split TV Series

Saksikan drama Split TV Series adaptasi novel karya Nurul Ain Syuhada. Dibintangi oleh Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans dan ramai lagi. Disiarkan setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Citra.

JUDUL : SPLIT TV SERIES
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 November 2018
WAKTU SIARAN : Selasa-Khamis, 11:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS NOVEL : Nurul Ain Syuhada
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar

WATAK PELAKON
Sara Ali sebagai Maryam
Shukri Yahya sebagai Mikael
Shah Iskanda sebagai Aryan
Fadzil Zahari sebagai Muaz 
Elly Arifin sebagai Dhia

SINOPSIS SPLIT TV SERIES
Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

Split TV Series
Pelakon drama Split TV Series

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow