Drama Jibril (ntv7)

Jibril ntv7

Drama siri original VIU berjudul Jibril bakal disiarkan di ntv7 pada 22 Oktober 2018. Menampilkan lakonan Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy. Ditayangkan bermula 22 Oktober, setiap Isnin hingga Selasa pukul 10 malam.

JUDUL : JIBRIL
JUMLAH EPISOD : 10 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 10:00 malam
SIARAN TV : ntv7
PENGARAH : Megat Sharizal
TERBITAN : Konda Kondi Studios & Playground Productions
PELAKON : Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli, Nadia Aqilah, Fezrul Khan

WATAK PELAKON 
Aeril Zafrel sebagai Jibril 
Lisa Surihani sebagai Mona 
Sangeeta Krishnasamy sebagai Jackie
Tony Eusoff sebagai Jonathan

SINOPSIS JIBRIL
Mengisahkan seorang peguam, Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.