Drama Terbaik Dariku (TV3)

Terbaik Dariku

Nantikan drama Terbaik Dariku yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, dan Azar Azmi. Drama bersiri 15 episod, hasil arahan Along Kamaludin. Akan ditayangkan mulai 14 November, setiap Isnin hingga Rabu pukul 9 malam.

JUDUL : TERBAIK DARIKU
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Lily Suhana
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Dilla Ahmad, Adam Corrie, Fadilah Mansor, Ikhlas Jalil, Azar Azmi, Ainina Ahmad, Adrea Abdul, Amirul Faqeem, Aisyah Kamaludin, Sabhi Saddi, Aleza Shadan, Shamiela

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Aisyah
Syazuwan Hassan sebagai Taufiq
Azar Azmi sebagai Suraya
Hanna Aqeela sebagai Zaharah
Fadilah Mansor sebagai Saodah
Azri Iskandar sebagai Azman
Ainina Ahmad sebagai Zaiton
Ikhlas Jalil sebagai Farid
Amirul Faqeem sebagai Aidil
Aisyah Kamaludin sebagai Laina
Dilla Ahmad sebagai Nasuha
Adam Corrie sebagai Tiger
Aleza Shadan sebagai Yani
Sabhi Saddi sebagai Ahmad
Adrea Abdullah sebagai Cik Sue
Shamiela sebagai Puteri 

LAGU TEMA / OST 
Lagu: Tiada Dendam
Penyanyi: Zara Zya
Komposer: Lieynur Liey & Fauzi Aisunam

SINOPSIS TERBAIK DARIKU
Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?

GAMBAR PELAKON
Terbaik Dariku