Istana Firdaus (TV3)

Istana Firdaus

JUDUL : ISTANA FIRDAUS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 16 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama)
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Mel Corporation (M) Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Redza Rosli, Nik Adam Mikael, Datin Fadilah Mansor

SINOPSIS ISTANA FIRDAUS
Kisah Liza dan Kamal yang mempunyai dua orang anak. Disebabkan kekangan kehidupan dan kesibukan bekerja, anak bongsunya, Darwish yang baru berusia dua bulan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.

Malangnya, hari pertama anaknya itu dihantar ke sana, Darwish meninggal dunia kerana tersedak susu. Kematian si anak menyebabkan Liza mula meroyan dan tidak dapat menerima hakikat kematian anak bongsunya sehingga mengabaikan anak sulungnya, Danial yang baru berusia lapan tahun.