Bila Artis Balik Kampung Beraya (Astro)

Bila Artis Balik Kampung Beraya

Saksikan telefilem istimewa lebaran Bila Artis Balik Kampung Beraya lakonan Remy Ishak, Nur Risteenam, Fauziah Nawi dan ramai lagi. Akan disiarkan pada Isnin, 11 July 2016, Jam 2 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

JUDUL : BILA ARTIS BALIK KAMPUNG BERAYA
TARIKH / MASA : Isnin, 11 Julai 2016, 2.00 petang
SIARAN : Astro Prima & Maya HD
PENGARAH : Muhd Fadly Ishak
TERBITAN : The R&D Studio
PELAKON : Remy Ishak, Nur Risteena, Fauziah Nawi, Muhamed Eric, Ahmad Iswazir, Ilya Senario

SINOPSIS BILA ARTIS BALIK KAMPUNG BERAYA
Arman Johari, seorang pelakon terkenal di Malaysia, telah diperangkap dengan isu khalwat oleh Baq, iaitu pelakon yang  cemburu dengan kerjayanya. Apabila pelbagai syarikat produksi mula memulaukan Arman, ketika hampir masuk bulan ramadhan, Arman merasakan wang simpanan beliau kian berkurang, jadi beliau terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk menenangkan keadaannya atau mengubah gaya hidupnya. Bagaimana nasib Arman sebagai pelakon terkenal yang terpaksa kembali ke kampung disebabkan pelbagai musibah berlaku?