Drama Lara Terindah (TV3)

Lara Terindah

Orangetree Production akan membawakan drama terbaru di slot Akasia berjudul Lara Terindah. Diterajui oleh Nazrief Nazri dan Nelydia Senrose. Turut dilakonkan oleh Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, Bil Azali dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Azmi Hata dan skrip oleh Mohd Azmy Ariff. Akan bersiara bermula 31 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang di TV3. Episod penuh drama Lara Terindah kini boleh disaksikan menerusi portal tonton.com.my

JUDUL : LARA TERINDAH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mohd Azmy Ariff
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Bil Azali, Mustaqim Bahadon, Jasmin Hamid, Rahhim Omar, Ika Nabella, Laila Nasir, Roy Azman, Zulkifli Mohd Salleh, Nor Amisah, Kamal Ibrahim, Syafiq Ibrahim, Danial Fiq, Kim Fukazawa, 

WATAK PELAKON
Nelydia Senrose sebagai Elena
Nazrief Nazri sebagai Razlan
Nonny Nadirah sebagai Nisa
Bil Azali sebagai Ali
Hafeez Mikail sebagai Faiz
Jasmin Hamid sebagai Datin Liza
Rahhim Omar senagai Dato Kamal
Roy Azman sebagai Rosli
Laila Nasir sebagai Puan Mimi
Mustaqim Bahadon sebagai Azim
Ika Nabella sebagai Lela
Zulkifli Mohd Salleh sebagai Hj Ramli
Nor Amisah sebagai Hajah Gayah

LAGU TEMA / OST LARA TERINDAH
Tajuk : Seindah Mimpi
Penyanyi : Jaclyn Victor
Senarai penuh lagu > Link

SINOPSIS LARA TERINDAH
Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

GAMBAR PELAKON 

Lara Terindah TV3
watak-watak utama
Pelakon Lara Terindah
Pelakon drama Lara Terindah