Madu Prank (TV2)

Madu Prank

Saksikan telefilem Madu Prank arahan Amie Maziah akan disiarkan pada Rabu, 4 November 2026 jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.

Madu Prank

Waktu Siaran: Rabu, 4 November 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Zaharuddin Md Desa
Pengarah: Amie Maziah
Produksi: Smart Multitech Sdn Bhd
Pelakon: Ammar Titan, Watie Sadali, Aishah Azman, Syuhaida Abraz, Muaz Fitri

Sinopiss Madu Prank

Mardiah merancang untuk menikahkan suaminya dengan Nurin Limah yang berperawakan agak gempal dan berisi namun suaminya, Abu Hanifah menentang rancangan isterinya ini. Namun pada hari pernikahan Nurin Limah telah melarikan diri dan adiknya, Nurin Leha sanggup menggantikan tempat kakaknya dan menikahi Abu Hanifah. Namun ini membuatkan Mardiah susah hati kerana Nurin Leha adalah seorang gadis yang cantik dan baik.