
Selepas siri premium 4 episod, penceritaan KUDRAT 1968: High Council bakal diteruskan menerusi filem yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober 2026. Filem terbitan Astro Shaw ini diarahkan oleh Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
Kudrat 1968: High Council
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 29 Oktober 2026
Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Muqri Azlan, Natasha Azlan
Pengarah: Zulaikha Zakaria & Khairi Asyraff
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zarif Ghazzi sebagai Abbas
Mierul Aiman sebagai Kuda
Dai Fuad sebagai Pa
Akmal Asyraf sebagai Piji
Chech Harith sebagai Mazli
Evertts Gomes sebagai Ghafari
Zamarul Hisham sebagai Zainal
Nabila Huda sebagai Nur
Umar Shakur sebagai Ad
Jebat Zulfar sebagai Cad
Nix Wong sebagai Kiat Koon
Royce Iqram sebagai Adam
Mokhtar Mohsin sebagai Irwan
Zarul Zaidee sebagai Ahmad
Muzayyin Mahyuddin sebagai Abu Yamin
Johnnya Gillett sebagai Gerald
Yasmin Hani sebagai Datin Maizun
Eizlan Yusof sebagai Datuk Aziz
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Manifestasi
Penyanyi: Sharul Kamal
Komposer & Lirik: Sharul Kamal, Barr Hadif, Rudy Nastia
Sinopsis Kudrat 1968: High Council
Apabila Abbas kembali ke KUDRAT, sekolah itu dikepung pihak berkuasa secara mengejut berikutan kematian seorang pelajar yang telah lama disembunyikan oleh pihak pengurusan. Ketegangan antara pelajar elit dan pelajar biasiswa semakin memuncak. Ketika Piji nekad untuk menjatuhkan Pa, Abbas dan Kuda pula berjuang untuk menegakkan keadilan, sekaligus membongkar rahsia gelap yang mengancam seluruh institusi tersebut.
