
Saksikan telefilem terbitan Unit Drama TV RTM berjudul ‘Emak’ akan mengisi slot Panggung RTM pada 6 Jun ini, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik.
Emak
Waktu Siaran: Sabtu, 6 Jun 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Wan Mohd Afzam Wan Daud
Produksi: Unit Drama RTM
Pelakon: Hanna Aqeela, Safura Yaacob, Nazia Mustafar, Hushairi Husain, Rahim Omar, Ismail Yaacob, Bella, Zalif Sidek
Sinopsis Emak
Mengisahkan situasi berlaku sebuah rumah setinggan pinggir bandar, seorang emak yang bisu berdepan dilema apabila kehidupan mereka mula bergoncang bila mana anak bongsunya (Mariam) dipaksa memilih antara dimadu atau diceraikan kerana masalah kesuburan.
Konflik itu membuka kembali luka-luka lama dalam keluarga. Di dalam dunia yang tidak mendengar suaranya, Emak menggunakan tindakan, pandangan dan keberanian sunyi untuk mempertahankan rumahtangga anaknya itu. Namun hakikatnya ada rahsia besar disembunyikan Mariam, Kak Long dan arwah ayah mereka berkaitan ketidaksuburan Mariam.